do-not-copy { -webkit-user-select:none; -khtml-user-select:none; -moz-user-select:none; -ms-user-select:none; user-select:none;

Rabu, 20 Januari 2016

Cara buat blogspot sendiri dengan lengkap



Cara buat blogspot sendiri dengan lengkap
Sebelum membuat blogspot sendiri, anda hendaklah mempunyai akaun gmail. Sila daftar akaun gmail jika anda masih belum mempunyai akaun email di gmail. Cara pendaftarannya adalah mudah sekali dan ianya adalah percuma. Rujuk artikel ini terlebih dahulu – Cara Membuka Akaun Email Baru Di Gmail.
Jom kita lihat langkah demi langkah bagaimana cara membuat blogspot sendiri. Nama blog yang saya gunakan ialah Blogger Pontian dan urlnya ialah bloggerpontian.blogspot.com.
    1. Setelah berjaya mendapatkan akaun gmail, Klik blogger.com. Saya memasukkan email dan password email yang telah didaftarkan. Paparan akan dikeluarkan sebagaimana di bawah
cara buat blogspot sendiri
    1. Paparan “Create your blog now” kelihatan. Ini bermakna saya masih belum mempunyai blog di akaun blogger ini. Klik icon “New Blog”.
    2. Saya memasukkan “Blogger Pontian” sebagai nama blog(tajuk/title)dan bloggerpontian.blogspot.com sebagai address ataupun alamat blog. Alhamdulillah “this blog address is available”. Ini bermakna url tersebut masih belum digunakan oleh orang lain. Jika anda ingin meletakkan nama blog, pilihlah nama blog yang mudah diingati dan sesuaikan dengan isi kandungan yang akan anda kongsikan nanti di blogspot tersebut. Hindari daripada menggunakan special character dan juga nama yang terlalu panjang.
    1. Ada beberapa template default yang disediakan. Saya hanya menggunakan template “simple” sebagai template blogspot blogger pontian ini.Klik “Create Blog”.
  1. Dah siap. Sudah boleh mula menulis dan menerbitkan artikel.

Tidak ada komentar: